Usahawan : Mohd Suraimi B Mohd Kusaini
   Lokasi : Kedai Makan Roti Canai Sungai Menora
   Peserta : Usahawan Kedai Makan Roti Canai
 

Latar belakang

Beliau merupakan penduduk asal di Kampung Menora dan telah berkeluarga. Beliau mempunyai 3 orang anak. Sebelum ini beliau merupakan tukang kebun penoreh getah sepenuh masa namun beliau inggin menambahkan pendapatan untuk menyara keluarganya, beliau telah menjalankan beberapa bisnes demi kelangsungan hidup. Beliau telah menjadi seorang penebar dan penjual roti canai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Seorang penoreh getah sepenuh masa. Bermula dengan bekerja dengan orang sebagai tukang bancuh air.

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 100 – 500  sahaja sebulan. Itu pun tidak menentu kerana mengikut pelanggan.tetapi kedai yang belaiu kerja mempunyai ramai pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah mendapat beberapa keuntungan dari menorah getah beliau mengambil keputusan untuk bekerja sebagai penjual roti canai bersama dengan beberapa keluarga beliau. Beliau telah menyertai beberapa kali program di Pusat Internet dan belajar sedikiit sebanyak berkenaan dengan komputer. Beliau berminat untuk menjalankan bisnes pertanian. Oleh itu, beliau menggunakan platform internet untuk belajar dan berniaga secara atas talian. Belia telah mneyertai kelas usahawan untuk meningkatkan tahap pengetahuan.. Penglibatan di Pusat Internet Kg. Kubang Pekan dan hasil beberapa bimbingan dan nasihat,  beliau kini telah dapat meningkatkan kemahiran beliau dalam perniagaan. Hasil promosi di internet, pelanggan beliau dari komuniti setempat mengetahui kedai roti canai dan jualan beliau melalui PI dan internet seperti di FB.  Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 400 hingga RM900 sebulan.           

Klik untuk Gambar Aktiviti


 

  Tarikh : 3-5 Disember 2018
   Masa : 10.00 am- 5.00 pm
   Lokasi : PI Kg Dato Ahmad Said & PI Kubang Halban
   Peserta : Manager & Asst Manager Pusat Internet
 

Tujuan :

Program eRezeki adalah berdasarkan konsep "crowdsourcing", dengan tumpuan khusus diberikan kepada model berasaskan perkhidmatan. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah B40, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://erezeki.my/ms/home-my/                                       

Aktiviti & Tanggungjawab Petugas PI:

  1. Membantu pelaksanaan Inisiatif E-Rezeki di PIM masing-masing dengan memastikan kemudahan yang diperlukan dapat digunakan dan berkeadaan baik
  2. Mempromosikan Inisiatif E-Rezeki kepada komuniti setempat
  3. Menawarkan kursus/ tunjuk ajar kepada peserta E-Rezeki yang berminat
  4. Membimbing peserta untuk mendaftar E-Rezeki.

 

  Tarikh : 9 November 2018
   Masa : 4.30 pm- 5.30 pm
   Lokasi : Pusat Internet Malaysia Kg Kubang Pekan
   Peserta : Pelajar Sk Senggang
 

Tujuan :

Memberi pendedahan serta memahirkan para pelajar menggunakan keyboard , microsoft word  dari segi penggunaan format seperti 'font dan paragraph ',disamping membantu mereka dalam penggunaan ayat dan tatabahasa terutamanya dalam penulisan Bahasa Melayu.

Aktiviti :

Para pelajar menaip karangan berdasarkan contoh karangan yang diberi, Pelajar harus menggunakan format yang betul dan melengkapkan karangan tersebut.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


  Tarikh : 14 November 2018
   Masa : 9.00 am- 10.30 am
   Lokasi : Dewan Serbaguna Universiti Sultan Azlan Shah
   Peserta : Mahasiswa Usas & Jabatan-Jabatan Kerajaan
 

Tujuan :

Seminar "Santai Minda Keluarga & Klik Dengan Bijak" ini adalah usahasama daripada Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang bertujuan memberi informasi serta kesedaran tentang pendidikan keselamatan keluarga di Alam Siber,iaitu bersempena dengan Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan & Bulan Kaunseling Kebangsaan 2018. Para Petugas Pusat Internet Cluster Kuala Kangsar telah ditugaskan untuk memberi seminar tersebut kepada tetamu jemputan.

Aktiviti :

Modul Klik Dengan Bijak telah disampaikan dan beberapa soalan Kuiz serta hadiah menarik telah diberikan kepada mereka yang berjaya menjawab soalan Kuiz tersebut.

 

  Tarikh : 17 Oktober 2018
   Masa : 9.30 pm- 1.00 pm
   Lokasi : Pusat Internet Malaysia Kg Kubang Pekan
   Peserta :Staf Perpustakaan Desa Daerah Kuala Kangsar
 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada peserta mengenai Modul-Rumus Microsoft Excel.

Aktiviti :

Para peserta belajar mengenai penggunaan microsoft excel dengan cara yang betul. Mereka diajar cara merekodkan data dan juga mempelajari cara membuat graf dan carta dengan menggunakan microsoft excel,kemudian peserta belajar  cara memasukkan dan 'editing' gambar.

 

Klik Untuk Gambar Aktiviti