Tarikh : 15 Mac 2019
   Masa : 4.00pm- 5.30pm
   Lokasi : Pusat Internet Malaysia Kg Kubang Pekan
   Peserta : Pelajar SK Senggang
 

Tujuan :

Memberi pendedahan & galakan kepada setiap pelajar tentang kegunaan perisian Microsoft PowerPoint. Menyatakan langkah-langkah memulakan Microsoft PowerPoint dengan tepat.Mengenalpasti perbezaan antara Microsoft PowerPoint dan perisian yang terdapat dalam Microsoft Office yang lain dengan betul.

Aktiviti :

Menggunakan perisian Microsoft Powerpoint yang akan membimbing pelajar. kemudian,pelajar juga diminta dan diberi masa untuk menyiapkan tugasan (My Biodata) mengikut kreativiti dan masa yang telah ditetapkan. Peserta membuat biodata diri dan mempelajari penggunaan Clip Art, cara memasukkan gambar dan sebagainya.Seterusnya pelajar menjawab soalan quiziiz.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


 

  Tarikh : 2 Mac 2019
   Masa : 3.00pm- 5.00pm
   Lokasi : Pusat Internet Malaysia Kg Kubang Pekan
   Peserta : Pelajar SK Menora
 

Tujuan :

Memberi pendedahan & galakan kepada setiap pelajar tentang penggunaan komputer dengan cara yang betul serta mengenal dan mengetahui kedudukan huruf-huruf dan abjad yang terdapat pada papan kekunci. Pelajar akan diuji mengikut level dan tahap kemahiran yang telah mereka kuasai.

Aktiviti :

Menggunakan sebuah perisian microsoft word yang akan membimbing pelajar untuk menaip sambil mengenal kedudukan huruf yang terdapat pada papan kekunci. Seterusnya,pelajar juga diminta dan diberi masa untuk menaip dengan pantas dan pelajar akan diberi hadiah jika dapat menyiapkan tugasan mengikut masa yang telah ditetapkan.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


 

 

  Tarikh : 23 Februari 2019
   Masa : 9.00pm- 11.30am
   Lokasi : Pusat Internet Malaysia Kg Kubang Pekan
   Peserta : Pelajar Tahun 5 SK Menora
 

Tujuan :

Projek kitar semula ini dilaksanakan untuk mendedahkan kepada para pelajar pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan tahap kesedaran terhadap semua pelajar sekolah dalam amalan lestari hidup terutamanya mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada dalam kawasan sekolah mahupun diluar kawasan sekolah.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan ialah mencari bahan-bahan terbuang & terpakai seperti kotak dan botol dan mereka menghasilkan rekabentuk produk mengikut kreativiti masing-masing.Dalam masa yang sama menjalankan aktiviti melukis & mewarna bertemakan "Cintailah Bumi Kita". Oleh itu, aktiviti kitar semula banyak memberi kebaikan dan faedah kepada manusia dari segi kewangan sekaligus mengekalkan alam semulajadi agar dapat dinikmati generasi akan datang.


Klik untuk Gambar Aktiviti


  Tarikh : 2 Mac 2019
   Masa : 10.00am- 12.30pm
   Lokasi : Pusat Internet Malaysia Kg Kubang Pekan
   Peserta : Pelajar SK Menora
 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada setiap pelajar tentang penggunaan komputer dengan cara yang betul.

Aktiviti :

Peserta belajar tentang komponen-komponen yang terdapat pada komputer serta cara penggunaannya.Kemudian mereka didedahkan dengan menonton video dari youtube mengenai komputer dan teknologi masa kini. Seterusnya,peserta dikehendaki menjawab beberapa soalan mengenai komputer. Peserta juga mencari serta mengenali komponen komputer di dalam PI.Peserta yang berjaya mengenalpasti komponen komputer dengan tepat diberi hadiah.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


 

  Tarikh : 15 Februari 2019
   Masa : 9.00pm- 12.30pm
   Lokasi : Pusat Internet Malaysia Kg Kubang Pekan
   Peserta : Pengusaha Kedai Makan & Minum R&R
 

Tujuan :

Apakah kepentingan mengambil Kursus Pengendalian Makanan?
Pengusaha produk berasaskan makanan adalah dituntut oleh undang-undang untuk melengkapi pengendali-pengendali makanan yang bekerja dengan mereka dengan pengawasan yang sewajarnya dan latihan dalam pengendalian makanan selaras dengan jenis pekerjaan mereka dan memastikan mereka mampu mengamalkan sistem keselamatan makanan.

Aktiviti :

Pada 15/2/2019 (Jumaat), Pusat Internet Kg Kubang Pekan dengan kerjasama Sekolah Latihan Pengendali Makanan Sikap Intan telah menjalankan Kursus Latihan Pengendali Makanan kepada komuniti setempat. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada peserta yang hadir.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti