Premis premis perniagaan yang ingin mendaftar MySejahtera boleh hadir ke Pusat Internet Malaysia Kg Kubang Pekan.
Kita daftar, print dan laminate.
#Sahabat kita ini telah mendaftar MySejahtera untuk perniagaan beliau.Semoga murah rezeki🤩
 

Program : Mesyuarat Agung PIBG "TADIKA KEMAS KG KUBANG PEKAN"

Tarikh    : 20 Januari 2018 ( Sabtu 3 J'Awal 1439H)

Masa      : 3.00p.m-5.00p.m

Tempat  : Tadika Kemas Kg Kubang Pekan

Peserta  : Pengerusi KEMAS Kuala Kangsar,Jkkk,Guru,Petugas PI1M & ibu-bapa

1. Lokasi - Peta Kedudukan Negeri Perak

Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu daripada 13 buah negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) (lihat peta). Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang dan keempat terbesar di Malaysia.

Negeri Perak Darul Ridzuan terletak bersempadan terus dengan negeri Kedah di sebelah utara, negara Thailand lebih tepat lagi bersempadan dengan Provinsi Yala di sebelah timur laut. Negeri Pulau Pinang di sebelah barat laut; Kelantan dan Pahang di sebelah timur; Selangor di sebelah selatan dan Selat Melaka di sebelah barat.

 

2. Lokasi Kedudukan Peta Kuala Kangsar

 

 

Kuala Kangsar adalah merupakan Bandar Di Raja dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan IKS (Industri Kecil dan Sederhana) yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Kuala Kangsar dapat dihubungi melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) melalui EXIT 143 Persimpangan Kuala Kangsar, jalan persekutuan dan melalui kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

 

Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah perbandaran yang kini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah adalah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Manong, Sauk, Karai, Salak, Lintang dan Lasah. Bandar Sungai Siput (U) merupakan pusat pertumbuhan kedua terbesar selepas Bandar Kuala Kangsar. Aktiviti ekonomi utama adalah terdiri daripada aktiviti pertanian.

 

Terdapat 9 buah Mukim di dalam kawasan Daerah Kuala Kangsar iaitu:

 

  1. Mukim Chegar Galah
  2. Mukim Kota Lama Kiri
  3. Mukim Lubok Merbau
  4. Mukim Kampung Buaia
  5. Mukim Senggang
  6. Mukim Sayong
  7. Mukim Kota Lama Kanan
  8. Mukim Sungei Siput
  9. Mukim Pulau Kemiri

 

3. Peta Kedudukan Lokasi Mukim Senggang

 

 

4. Peta Lokasi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Kubang Pekan

 

 

a) Populasi Penduduk di Kampung Kubang Pekan :

  • Keseluruhan penduduk Kampung Kubang Pekan termasuk Kampung Talang Tengah : 550 orang
     Lelaki  Perempuan
     270  280
  • Bangsa Melayu merupakan majoriti 100% dan bangsa lain tiada di kampung Kubang Pekan.
  • Pekerjaan penduduk : Kakitangan kerajaan 5%, Swasta 5%, Petani 80%, Nelayan 5% dan Badan Berkanun 5%.