Usahawan : Mohd Suraimi B Mohd Kusaini
   Lokasi : Kedai Makan Roti Canai Sungai Menora
   Peserta : Usahawan Kedai Makan Roti Canai
 

Latar belakang

Beliau merupakan penduduk asal di Kampung Menora dan telah berkeluarga. Beliau mempunyai 3 orang anak. Sebelum ini beliau merupakan tukang kebun penoreh getah sepenuh masa namun beliau inggin menambahkan pendapatan untuk menyara keluarganya, beliau telah menjalankan beberapa bisnes demi kelangsungan hidup. Beliau telah menjadi seorang penebar dan penjual roti canai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Seorang penoreh getah sepenuh masa. Bermula dengan bekerja dengan orang sebagai tukang bancuh air.

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 100 – 500  sahaja sebulan. Itu pun tidak menentu kerana mengikut pelanggan.tetapi kedai yang belaiu kerja mempunyai ramai pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah mendapat beberapa keuntungan dari menorah getah beliau mengambil keputusan untuk bekerja sebagai penjual roti canai bersama dengan beberapa keluarga beliau. Beliau telah menyertai beberapa kali program di Pusat Internet dan belajar sedikiit sebanyak berkenaan dengan komputer. Beliau berminat untuk menjalankan bisnes pertanian. Oleh itu, beliau menggunakan platform internet untuk belajar dan berniaga secara atas talian. Belia telah mneyertai kelas usahawan untuk meningkatkan tahap pengetahuan.. Penglibatan di Pusat Internet Kg. Kubang Pekan dan hasil beberapa bimbingan dan nasihat,  beliau kini telah dapat meningkatkan kemahiran beliau dalam perniagaan. Hasil promosi di internet, pelanggan beliau dari komuniti setempat mengetahui kedai roti canai dan jualan beliau melalui PI dan internet seperti di FB.  Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 400 hingga RM900 sebulan.           

Klik untuk Gambar Aktiviti