Tarikh : 6 Julai 2018
   Masa : 3.00 pm- 5.30 pm
   Lokasi : Pusat Internet Kg Kubang Pekan
   Peserta : 4 orang(Pelajar Sekolah Rendah Sk Senggang)
 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan Bahasa Melayu terutama buat pelajar Tahun 6 yang akan menduduki UPSR bulan September 2018.

 Aktiviti :

Pelajar diberi pendedahan belajar Bahasa Melayu seperti tatabahasa,pemahaman serta penulisan.Mereka diajar mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang terdapat didalam perkataan dari Segi Kata Ganti Diri,Kata Bilangan,Penjodoh Bilangan,Kata Hubung  serta banyak lagi.Kemudian pelajar  diberi beberapa soalan dan dikehendaki menjawab soalan kuiz  Bahasa Melayu berpandukan laman web Quizizz.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


 

  Tarikh : 29 Jun 2018
   Masa : 4.00 pm- 5.00 pm
   Lokasi : Pusat Internet Kg Kubang Pekan
   Peserta : 4 orang ( Pelajar Sekolah Rendah)
 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada pelajar untuk meningkatkan penguasaan daya pemikiran yang lebih baik dan kreatif.Permainan teka silang kata ini adalah aktiviti tambahan untuk para pelajar supaya menggunakan perkataan-perkataan yang sesuai terutamanya yang melibatkan penulisan karangan dan pembentukan ayat-ayat.

Aktiviti :

Pelajar diberi beberapa soalan berkaitan teka silangkata untuk diselesaikan dengan menngunakan daya pemikiran yang logik & bernas.Permainan teka silang kata adalah untuk mencari perkataan yang tersembunyi.Ianya terdiri dari beberapa bahagian iaitu pemilihan kata yang tepat,objek, dan benda, kemudian diisi secara menegak atau melintang berpandukan soalan.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


 

  Tarikh : 8 JUN 2018
   Masa : 11.30 am- 1.00 pm
   Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Kubang Pekan
   Peserta : Komuniti setempat
 

Tujuan :

Tujuan utama My #QuranHour, sekurang-kurangnya satu jam bersama Al-Quran selama 365 hari setahun di mana sahaja.Kempen ini adalah untuk menggalakkan setiap individu untuk baca, faham, amal nilai-nilai yang terdapat dalam Al-Quran.Mewujudkan minda Al-Quran dan sistem pengendalian dalam jiwa dan akhiranya mempraktikkan nilai-nilai Al-Quran dalam akhlak mereka.

 Aktiviti :

Membaca,menghayati serta mengamalkan nilai-nilai yang terdapat didalam Al-Quran.Surah yang ditetapkan ialah :

i)   -(surah al-fatihah, ayat 1-7) 

 

ii)  -(surah al-baqarah, ayat 1-5)

 

iii) -(surah al-hujurat, ayat 1-18)- surah ini perlu ditadabur

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


 

  Tarikh : 22 Jun 2018
   Masa : 3.00 pm- 5.00 pm
   Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Kubang Pekan
   Peserta : 5 orang ( Pelajar Sekolah Rendah)
 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan Bahasa Inggeris dan mempelajari serta menggunakan microsoft word,office & excell.

Aktiviti :

Pelajar diberi pendedahan belajar Bahasa Inggeris serta mengulangkaji subjek tersebut.Seterusnya pelajar diajar menggunakan microsoft word,office & excell.Kemudian mereka diberi tugasan menyediakan satu jadual aktiviti harian dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan microsoft excell dan seterusnya menjawab soalan quizizz.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


 

  Tarikh : 1 JUN 2018
   Masa : 3.00 pm- 5.00 pm
   Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Kubang Pekan
   Peserta : 6 orang ( Pelajar Sekolah Rendah)
 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan Bahasa Inggeris.

 Aktiviti :

Pelajar diberi pendedahan belajar Bahasa Inggeris serta mengulangkaji matapelajaran Bahasa Inggeris.Kemudian mereka diberi tugasan membina ayat ringkas mengenai biodata diri dengan menggunakan microsoft word.Seterusnya pelajar menjawab soalan quizizz.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti