Di kawasan Kampung Kubang Pekan terdapat beberapa tempat pelancongan yang sering dikunjungi oleh pelancong- pelancong. Kampung Kubang Pekan terletak di daerah Kuala Kangsar iaitu lebih kurang 20 minit ke pekan Kuala Kangsar.

Kuala Kangsar adalah merupakan Bandar DiRaja dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan IKS ( Industri Kecil dan Sederhana )yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometerke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. (source:internet)

Gambar dibawah merupakan antara tempat pelancongan yang menarik di Kuala Kangsar.