Tujuan :

Memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada pengusaha-pengusaha kedai makan & minum R&R Sungai Perak untuk membuat pendaftaran Persijilan MYeHalal Malaysia.

Aktiviti :

Mereka diajar membuka laman web Portal Rasmi Halal Malaysia untuk proses pendaftran & permohonan online persijilan eHalal Malaysia.

Keperluan Umum Permohonan Pensijilan Halal:

  • Setiap pengeluar produk/premis makanan/ rumah sembelih hendaklah mengeluarkan produk halal sahaja.
  • Setiap syarikat yang memohon Sijil Pengesahan Halal hendaklah memastikan sumber bahan ramuan adalah halal dan memilih pembekal atau kontraktor yang membekalkan bahan-bahan halal atau mempunyai Sijil Pengesahan Halal.
  • Setiap syarikat hendaklah memastikan prosedur halal dipatuhi dalam aspek seperti yang digariskan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


  Tarikh : 3 Februari 2019
   Masa : 9.30 am- 11.30 am
   Lokasi : Pusat Internet Malaysia Kg Kubang Pekan
   Peserta : Pelajar Tahun 5-6
 

Tujuan :

Memberi pendedahan serta memahirkan para pelajar menggunakan perisian Microsoft Word.

Aktiviti :

Pelajar mempelajari teknik membuat jadual harian dengan menggunakan SmartArt di Microsoft Word. Mereka juga diajar dari segi penggunaan format seperti 'font, paragraph,copy & paste .Disamping membantu mereka membuat jadual harian mengikut kreativiti masing-masing.Selain itu,peserta juga belajar perbezaan gambar format "jpg & png".

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


 

 

  Tarikh : 23 Disember 2018
   Masa : 8.30 am- 12.30 pm
   Lokasi : Pusat Internet Kubang Pekan
   Peserta : Komuniti setempat
 

Tujuan :

1. Memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan Komuniti Sihat. 

2. Eratkan kerjasama Pusat Internet dengan Komuniti Kampung,Agensi dan NGO untuk mewujudkan Komuniti Sihat.

3. Mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitan bersih.

Aktiviti :

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang Program Jom Sihat ini antaranya ialah,pemeriksaan kesihatan dari Kospen,Taklimat Kesihatan dari wakil Pegawai Perubatan Hospital Kuala Kangsar.Tidak ketinggalan juga,pameran dari beberapa agensi seperti pameran buku & aerorobotik dari Perpustakaan Desa Kg Senggang, pameran dari YAPIEM & pertandingan Dashboard Komuniti (MyKomuniti,MyShop & MyPlace).Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Pengurusan Kampung (MPKK) Kg Kubang Pekan.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


  Tarikh : 18 Januari 2019
   Masa : 9.30 am- 12.30 pm
   Lokasi : Pusat Internet Kuala Kangsar
   Peserta : Manager & Ast Manager Kluster K.Kangsar
 

Tujuan :

Taklimat ini bertujuan untuk berkongsi tajuk-tajuk & isu-isu yang baru berkenaan penggunaan internet. Ia dijalankan bersama Kluster Kuala Kangsar yang diwaklili Pengurus dan Penolong Pengurus dari Pusat Internet Kg Kubang Pekan, Pusat Internet Kubang Halban, Pusat Internet Felda Lasah, Pusat Internet Manong, dan Pusat Internet Padang Rengas.

Aktiviti :

1.   Memperkenalkan slot-slot & modul yang baharu serta penambahbaikan  berkenaan keselamatan komputer kepada petugas Pusat Internet.

2.   Memperkenalkan rancangan mengajar dan panduan mengajar untuk diketengahkan kepada para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah semasa sesi taklimat Klik Dengan Bijak.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


  Tarikh : 16 Disember 2018
   Masa : 9.30 am- 12.30 pm
   Lokasi : Perpustakaan Desa Kg Senggang
   Peserta : Komuniti Kg Senggang
 

Tujuan :

Memberi pendedahan serta memahirkan para pelajar tentang penggunaan microsoft word,& excel.Disamping itu juga,peserta mempelajari berkenanan komponen2 yang terdapat pada komputer.

Aktiviti :

Para pelajar mempelajari asas penggunaan Microsoft Word & Excel. Peserta belajar tentang 'features' yang terdapat di 'Home', 'Insert', 'Page Layout' , 'Design' dan lain-lain. Peserta mengetahui cara meletakkan nombor muka surat dan 'header' serta 'footer' di Microsoft Word. Peserta belajar cara menjadikan gambar sebagai latar belakang di Microsoft Word. Peserta juga belajar format menaip surat, membuat 'table' dan membuat graf menggunakan Microsoft Word.Aktiviti seterusnya ialah pertandingan menaip terpantas yang dianjurkan Perpustakaan Desa.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti