×

Notis

There was a problem rendering your image gallery. Please make sure that the folder you are using in the Simple Image Gallery plugin tags exists and contains valid image files. The plugin could not locate the folder: images/labu

Program  : Video Usahawan Tempatan "KUIH BAHULU CERMAI TRADISIONAL PN HJH MAZIDAH"

Tarikh    : 28 Jun 2018 ( Khamis 12 Syawal 1439H)

Masa      : 10.00am

Tempat  : Kediaman Pn Hjh Mazidah (Pengusaha kuih-kuih Tradisional)

                 video: https://www.youtube.com/watch?v=xHgIPad07ls&feature=youtu.be

{gallery}labu{/gallery}

 

 

Labu Sayong merupakan identiti yang melambangkan daerah Kuala Kangsar.Kuala Kangsar menjadi tempat terkenal kerana terlahirnya ramai usahawan dalam pembuatan tembikar yang di namakan Labu sayong. Lebih 46 orang pengusaha yang menjadi usahawan labu sayong ini dan bersaing secara sihat sesama mereka.

 
Salah seorang pengusaha labu ini ialah En Ridzuan Bin Hamli, 47 tahun, merupakan salah seorang pengusaha labu sayong di Kampung Sayong Tengah, Kuala Kangsar, Perak. Perusahaan labu sayong yang dimiliki oleh beliau pada hari ini merupakan perusahaan turun temurun yang dimiliki oleh keluarganya. Sudah tiga generasi yang mewarisi pembuatan labu sayong dan beliau merupakan generasi yang ketiga. 

Beliau pernah mengikuti beberapa kursus sama ada di dalam mahupun di luar negara bagi meningkatkan lagi kemahiran untuk menghasilkan labu sayong. Pada tahun 1990 beliau pernah ke Jepun bagi mempelajari teknik mereka bentuk dan pembakaran labu sayong selama setahun. Kini beliau mengusahakan perusahaan ini bersama isterinya, Sudiwati Binti Wajid, 39 tahun.

 Pengusaha Win Kraf ini juga telah menghasilkan pelbagai jenis labu sayong di perusahaan beliau. Antara labu sayong yang dihasilkan adalah seperti labu gelugor dan labu licin untuk menyimpan air. Selain itu, beliau juga ada menghasilkan beberapa produk lain berasaskan labu sayong, antaranya adalah seperti cenderamata, lampu tidur, tepak sireh, bekas telor, pasu bunga dan sebagainya.

     
Menurut beliau, dalam sehari beliau dapat menghasilkan 50 hingga 60 biji produk labu sayong. Harga bagi setiap labu sayong pula adalah bergantung kepada saiznya. Purata harga yang ditawarkan di Win Kraf ini sangat berbaloi iaitu dari serendah RM3.00 sehingga mencecah ke RM 300.00.
 
Sumber gambar dan artikal olahan dari http://warisansayong.weebly.com/profil-pengusaha.html 

 

 

Di Kg Kubang Pekan juga terdapat pengusaha tempatan yang bergiat dalam bidang usahawan iaitu " Produk Madu Kelulut Asli". En Kamaruddin Bin Abu Bakar ialah seorang usahawan dari Kg Kubang Pekan yang menceburi dalam penghasilan produk ini kerana beliau tahu produk ini akan mendapat permintaan yang tinggi disebabkan khasiat yang dapat menjadi penawar segala penyakit.Maklumat lebih lanjut boleh melayari di laman Facebook Masfira Madu Lebah Kelut.

Madu Kelulut iaitu warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.

“Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi    bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011.