Tarikh : 7 Nov 2019
   Masa : 9.30 am- 11.00 am
   Lokasi : Sekolah Kebangsaan Menora
   Peserta : Pelajar tahun 4 / 5 & 6
 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai  bagaimana menentusahkan maklumat dan sumbernya adalah benar mahupun palsu.Selain itu juga,ianya menggalakkan pengguna Internet khususnya para pelajar untuk tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih dan kesan penyebaran maklumat palsu terhadap diri dan komuniti.

 Aktiviti :

Pelajar diberi taklimat berasaskan Modul Online Grooming & Buli Siber,kemudian sesi menjawab soalan kuiz mengenai KLik Dengan Bijak.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


 

  Tarikh : 10 Oktober 2019
   Masa : 9.00 am- 10.30 am
   Lokasi : Pusat Internet Malaysia Kg Kubang Pekan
   Peserta : Calon SPA Pembantu Tadbir N19
 

Tujuan :

Untuk menyandang jawatan pembantu tadbir didalam Perkhidmatan Awam,calon haruslah dahulu lulus peperiksaan yang dijalankan.Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan awal dan tapisan awal ini,maka barulah calon tersebut akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Aktiviti :

Peperiksaan pembantu tadbir merupakan antara peperiksaan SPA tahap tinggi yang mempunyai tahap penilaian berbeza untuk menguji calon yang terlibat.Calon dikehendaki menjalani 3 Seksyen A,B,C iaitu Pengetahuan Am,Daya Menyelesaikan Masalah & Kefahaman Bahasa Inggeris.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


 

  Tarikh : 24 Ogos 2019
   Masa : 8.00 am- 2.00 pm
   Lokasi : Pusat Internet Malaysia Kubang Pekan
   Peserta : Komuniti & Pelajar 
 

Tujuan :

Pelaksanaan program ini adalah bertujuan mempromosikan PIM berserta membantu dalam mempertingkatkan jumlah keahlian disamping mendapatkan kerjasama wakil-wakil komuniti dalam pelbagai program. Selain itu tujuannya juga adalah untuk melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan, eratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Mpkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat serta mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

 Aktiviti :

Program ini diadakan pada 24 Ogos 2019  (Bersamaan Hari Sabtu 23 Zulhijah 1440H) bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Pelbagai aktiviti diadakan seperti Pertandingan ICT,Pertandingan kreatif Ulam-ulaman ,Mewarna bagi tahap 1 & tahap 2,Jom Sihat,pameran & pemeriksaan kesihatan,pemeriksaan gigi dan pelbagai lagi . Para Usahawan tempatan juga turut mengambil peluang mempromosikan produk masing-masing sepanjang program berlangsung.Program lestari Ict & Cakna Kesihatan Pusat Internet telah dirasmikan oleh Hj Zainal Abidin selaku Imam Masjid Kg Kubang Pekan.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


 

  Tarikh : 11 September 2019
   Masa : 3.00 pm- 4.30 pm
   Lokasi : Pusat Internet Malaysia Kg Kubang Pekan
   Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
 

Tujuan :

Memberi pendedahan serta mencari maklumat di dalam Youtube tutorial mengenai origami kreatif.

Aktiviti :

Pelajar diajar untuk mencari maklumat mengenai kerja sekolah dan kerja khusus mengenai "origami kreatif" dengan menggunakan carian di "Youtube". Kemudian pelajar memulakan tugasan membuat origami kreatif sehingga selesai.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


   Tarikh : 19 Julai 2019
   Masa : 3.00 pm- 5.30 pm
   Lokasi : Pusat Internet Malaysia Kubang Pekan
   Peserta :  Pelajar Sk Senggang 
 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan mempelajari subjek Bahasa Melayu (Penjodoh Bilangan)

 Aktiviti :

Pelajar diberi pendedahan belajar Bahasa Melayu seperti tatabahasa melalui laman web yang telah disediakan oleh tenaga pengajar PI.Kemudian pelajar menjawab soalan kuiz  Bahasa Melayu berpandukan laman web Kahoot.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti