Tarikh : 10 Oktober 2018
   Masa : 8.00 pm- 2.00 pm
   Lokasi : Pusat Kegiatan Guru Talang
   Peserta : 60 Peserta dari Sekolah Menengah & Rendah
 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan & keselamatan internet.Kem Bestari ICT anjuran Pusat Kegiatan Guru Talang ini telah dihadiri seramai 60 orang pelajar yang terdiri dari Pelajar Sekolah Menengah dan Pelajar Sekolah Rendah. 

Aktiviti :

Pelajar diberi taklimat mengenai Keselamatan Internet oleh petugas Pusat Internet Kluster Kuala kangsar.Kemudian Petugas menanyakan beberapa soalan kuiz mengenai Online Grooming dan Maklumat Palsu kepada pelajar. Pelajar yang berjaya menjawab kuiz akan mendapat hadiah dari petugas.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


 

  Tarikh : 17 September 2018
   Masa : 10.30 pm- 12.00 pm
   Lokasi : Pusat Internet Malaysia Kg Kubang Pekan
   Peserta : 2 Orang Pelajar Sk Senggang
 

Tujuan :

Memberi pendedahan serta mencari maklumat mengenai sejarah & jenis-jenis mata wang 

Aktiviti :

Pelajar diberi tugasan untuk mencari maklumat mengenai kerja sekolah dan kerja kursus mereka mengenai "sejarah dan jenis-jenis mata wang" dengan menggunakan carian "Google". Kemudian pelajar menaip maklumat-maklumat tersebut dengan mrnggunakan Microsoft Word.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


 

  Tarikh : 31 Ogos 2018
   Masa : 8.00 am- 12.00 pm
   Lokasi : Tabika Kemas Kg Rambai Tujuh
   Peserta : Guru,ibu bapa & kanak-kanak Tabika
 

Tujuan :

Mengadakan Program Kemerdekaan & Kibar Jalur Gemilang bersempena Bulan Kemerdekaan ke-61

Aktiviti :

Tabika Kemas Kg Kubang Pekan telah mengadakan Program Kemerdekaan & Kibar Jalur Gemilang peringkat Daerah Kuala Kangsar .Program ini digabungkan bersama Tabika Kemas Kg Rambai Tujuh.Pelbagai pengisian program dilaksanakn seperti mewarna untuk kanak-kanak Tabika,Pertandingan Gubahan untuk kaum ibu,manakala sepak raga untuk kaum bapa.Program Kemerdekaan ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Kemas Daerah Kuala Kangsar.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


  Tarikh : 13 September 2018
   Masa : 8.00 am- 2.00 pm
   Lokasi : Taman Tasik & Zoo Taiping
   Peserta : Guru,ibu bapa & kanak-kanak Tabika
 

Tujuan :

Mengadakan Program Lawatan Pendidikan & Sukaneka Kanak-kanak Tabika Kemas bersama Ibu Bapa

Aktiviti :

Tabika Kemas Kg Kubang Pekan & Tabika Rambai Tujuh telah menganjurkan satu Program Lawatan Pendidikan & Sukaneka Kanak-kanak Tabika Kemas .Tujuan diadakan program seperti ini adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan kepada pelajar serta mengenali haiwan dan sebagainya.Pelbagai pengisian program dilaksanakn seperti sukaneka untuk pelajar,dan sukaneka untuk ibu bapa.Program ini telah diadakan di Taman Tasik & Zoo Taiping,Perak.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


  Tarikh : 20 Ogos 2018
   Masa : 9.30 pm- 5.30 pm
   Lokasi : Pusat Internet Malaysia Kg Kubang Pekan
   Peserta : Terbuka kepada Komuniti
 

Tujuan :

Mengadakan Program bersempena cuti sekolah dan menyambut  Bulan Kemerdekaan ke-61

Aktiviti :

Pusat Internet Malaysia Kg Kubang Pekan mengadakan pelbagai program sepanjang cuti sekolah dan Bulan Kemerdekaan.Pelbagai pengisian program dilaksanakn seperti Pemeriksaan Tekanan Darah paling banyak,Pengunguman@Perkongsian paling tinggi,Pertandingan Mewarna Merdeka Online,Kelas editing video serta banyak lagi.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti