Tarikh : 25 Mei 2018
   Masa : 3.00 pm- 5.30 pm
   Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Kubang Pekan
   Peserta : 6 orang ( Pelajar Sekolah Rendah)
 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan Bahasa Melayu.

 Aktiviti :

Pelajar diberi pendedahan belajar Bahasa Melayu seperti tatabahasa, serta mengenalpasti kesalahan-kesalahan yang terdapat didalam perkataan dari Segi Kata Ganti Diri,Kata Bilangan,Penjodoh Bilangan,Kata Hubung  serta banyak lagi.kemudian pelajar menjawab soalan kuiz  Bahasa Melayu berpandukan laman web Quizizz.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


 

  Tarikh : 16 Mei 2018
   Masa : 2.00 pm- 5.00 pm
   Lokasi : Bilik Latihan Pi1m Kg Kubang Pekan
   Peserta : 13 Orang Guru
 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada Guru-Guru Tadika Islam mengenai sistem komputer & ICT.

 Aktiviti :

Guru-Guru didedahkan cara penggunaan komputer dengan cara yang betul serta mengetahui perisian yang sediada.Kemudian mereka diajar memasukkan data murid ke dalam sistem Jabatan Agama Islam berpandukan slide yang disampaikan Penyelia Jaip Kuala Kangsar.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


 

  Tarikh : 18 April 2018
   Masa : 10.00 am- 12.00 tghri
   Lokasi : SMK Bawong Sungai Siput (U)
   Peserta : 134 Orang Pelajar
 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada pelajar agar tidak berkongsi maklumat yang tidak benar di media sosial dan memastikan sumbernya adalah sahih mahupun palsu sebelum ia disebarkan. Selain itu,ianya memberi kesedaran kepada pelajar agar berwaspada & bertanggungjawab semasa penggunaan internet.

 Aktiviti :

Pelajar diberi taklimat berasaskan Modul Online Grooming,Buli Siber & Maklumat palsu,kemudian sesi menjawab soalan kuiz mengenai KLik Dengan Bijak.Seminar ICT & Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak telah disampaikan oleh Petugas PI1M Kluster Kuala Kangsar.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


 

  Tarikh : 2 Mei 2018
   Masa : 8.00 am- 10.00 am
   Lokasi : SMKA Nurul Fadzilah Sungai Siput (U)
   Peserta : 212 Orang Pelajar
 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada pelajar agar tidak berkongsi maklumat yang tidak benar di media sosial dan memastikan sumbernya adalah sahih mahupun palsu sebelum ia disebarkan. Selain itu,ianya memberi kesedaran kepada pelajar agar berwaspada & bertanggungjawab semasa penggunaan internet yang sekarang ini sangat meluas tanpa batasan.

 Aktiviti :

Pelajar diberi taklimat berasaskan Modul Online Grooming,Buli Siber & Maklumat palsu,kemudian sesi menjawab soalan kuiz mengenai KLik Dengan Bijak.Seminar ICT & Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak telah disampaikan oleh Petugas PI1M Kluster Kuala Kangsar.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


 

   Tarikh : 26 April 2018
   Masa : 7.30 am- 2.00 pm
   Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Kg Kubang Pekan
   Peserta : Komuniti,Agensi Kerajaan & Agensi Swasta
 

Tujuan :

 

1.  Menganjurkan Program berkaitan ICT

2. Mengadakan taklimat Klik Dengan Bijak (KDB NBOS)

3. Mempromosikan produk Usahawan tempatan

4. Mempromosikan PI1M kepada masyarakat

5. Merapatkan warga PI1M dengan Komuniti

 

 Aktiviti :

Hari Bersama Komuniti PI1M Daerah Kuala Kangsar ini melibatkan 2 buah PI1M  iaitu Pusat Internet 1 Malaysia Kg Kubang Pekan dan Pusat Internet 1 Malaysia Kuala kangsar.Hari Bersama ini diadakan pada 26 April 2018 (Bersamaan Hari Khamis 10 Syaaban 1439H) bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang.Pelbagai aktiviti diadakan seperti Pertandingan Quizizz,Mewarna bagi Tadika,Badminton,Gubahan masakan,MyHelath,Yapiem dan byak lagi. Para Usahawan juga turut mengambil peluang mempromosikan produk masing-masing sepanjang program berlangsung.

 

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak yang terlibat iaitu: 


  1. Pejabat ADUN Kuala Kangsar

  2. Perpustakaan Desa

  3. JKKK Kg Kubang Pekan & Menora

  4. Komuniti Setempat
  5. Squad Pemuda & belia
  6. Squad Volunteer PI1M
  7. Sk Menora,Sk Rambai Tujuh & Sk Bekor
  8. Tadika Kubang Pekan,Senggang & Rambai Tujuh 
  9. Wakil MSD & TM
10. Para Usahawan Tempatan

 

Klik untuk Gambar Aktiviti