Tarikh : 17 April 2019
   Masa : 3.00pm- 5.00pm
   Lokasi : Pusat Internet Malaysia Kg Kubang Pekan
   Peserta : Pelajar SK Senggang
 

Tujuan :

Memberi pendedahan & galakan kepada setiap pelajar memahami subjek Sains .

Aktiviti :

Menggunakan Web Kahoot.it yang akan membimbing pelajar. Pelajar mempelajari modul pengajaran subjek sains tahun 6.Seterusnya pelajar menjawab soalan quiziiz sains.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


 

  Tarikh : 17 April 2019
   Masa : 3.00 pm- 5.00 pm
   Lokasi : Pusat Internet Malaysia  Kg Kubang Pekan
   Peserta : Wakil Peladang,Ajk,Ahli Unit
 

Tujuan :

Mengadakan Mesyuarat Agung tahunan Unit Pertubuhan Peladang Kawasan Kg Kubang Pekan/Senggang.

 Aktiviti :

Mesyuarat Agung Tahunan Unit Peladang untuk Tahun 2019 diadakan pada hari Rabu 17hb April 2019 bermula pada jam 3.00 petang. Mesyuarat didakan di Pusat Internet Malaysia Kg Kubang Pekan. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Pemangku Ketua Unit/Setiausaha, diikuti dengan pembentangan Laporan Kemajuan Unit dan pembentangan Laporan Kemajuan serta pemilihan Ketua Unit & AJK yang baharu bagi tahun 2019-2020.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


 

  Tarikh : 5 April 2019
   Masa : 3.00 pm- 5.00 pm
   Lokasi : Sekolah Kebangsaan Senggang
   Peserta : Pelajar Tahun 6
 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai Seni Lipatan Kertas Origami Berbentuk melalui pembelajaran dari Youtube Tutorial.

 Aktiviti :

Pelajar diberi beberapa helai kertas berwarna bersaiz A4. Pelajar dikehendaki membuat seni lipatan berbentuk mengikut kreativiti masing-masing. Pelajar membuat cara-cara lipatan kertas berpandukan video tutorial dari Youtube.Kemudian pelajar akan membentang setiap hasil kerja yang telah siap.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


 

  Tarikh : 6 April 2019
   Masa : 8.00 am- 3.00 pm
   Lokasi : Pusat Internet Malaysia Kg Kubang Pekan
   Peserta : Komuniti,Usahawan & Agensi Kerajaan
 

Tujuan :

1.  Mempromosikan Pusat Internet kepada Masyarakat/Komuniti

 

2. Mengadakan taklimat Klik Dengan Bijak (KDB 2019)

 

3. Mempromosikan produk Usahawan-usahawan tempatan

 

4. Menganjurkan Program berkaitan ICT & CeliK iT

 

5. Merapatkan warga PIM dengan Komuniti


 Aktiviti :

Hari Bersama Komuniti Pusat Internet  Malaysia Kg Kubang Pekan diadakan pada 6 April 2019  (Bersamaan Hari Sabtu 30 Rejab 1440H) bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. Pelbagai aktiviti diadakan seperti Pertandingan ICT,Pertandingan Donut kreatif ,Mewarna bagi tahap 1 & tahap 2,Jom Sihat,MyHelath,taklimat BSH dari LHDN dan pelbagai lagi . Para Usahawan tempatan juga turut mengambil peluang mempromosikan produk masing-masing sepanjang program berlangsung.Program Hari Bersama Pusat Internet telah dirasmikan oleh Prof Dr Zainal Abidin selaku Biro Komunikasi Multimedia & Penstrukturan Kg Kubang Pekan.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


 

  Tarikh : 15 Mac 2019
   Masa : 10.00 am- 11.00 am
   Lokasi : Sekolah Kebangsaan Senggang
   Peserta : Tahun1 - Tahun6
 

Tujuan :

Memberi pendedahan kepada pelajar agar tidak berkongsi maklumat yang tidak benar di media sosial dan memastikan sumbernya adalah sahih mahupun palsu sebelum ia disebarkan. Selain itu,ianya memberi kesedaran kepada pelajar agar berwaspada & bertanggungjawab semasa penggunaan internet.

 Aktiviti :

Pelajar diberi taklimat berasaskan Modul Online Grooming,Buli Siber & Maklumat palsu,kemudian sesi menjawab soalan kuiz mengenai KLik Dengan Bijak.Seminar ICT & Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak telah disampaikan oleh Petugas Pusat Internet.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti