Tujuan :

Memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada pengusaha-pengusaha kedai makan & minum R&R Sungai Perak untuk membuat pendaftaran Persijilan MYeHalal Malaysia.

Aktiviti :

Mereka diajar membuka laman web Portal Rasmi Halal Malaysia untuk proses pendaftran & permohonan online persijilan eHalal Malaysia.

Keperluan Umum Permohonan Pensijilan Halal:

  • Setiap pengeluar produk/premis makanan/ rumah sembelih hendaklah mengeluarkan produk halal sahaja.
  • Setiap syarikat yang memohon Sijil Pengesahan Halal hendaklah memastikan sumber bahan ramuan adalah halal dan memilih pembekal atau kontraktor yang membekalkan bahan-bahan halal atau mempunyai Sijil Pengesahan Halal.
  • Setiap syarikat hendaklah memastikan prosedur halal dipatuhi dalam aspek seperti yang digariskan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti