Tarikh : 23 Februari 2019
   Masa : 9.00pm- 11.30am
   Lokasi : Pusat Internet Malaysia Kg Kubang Pekan
   Peserta : Pelajar Tahun 5 SK Menora
 

Tujuan :

Projek kitar semula ini dilaksanakan untuk mendedahkan kepada para pelajar pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan seterusnya meningkatkan tahap kesedaran terhadap semua pelajar sekolah dalam amalan lestari hidup terutamanya mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada dalam kawasan sekolah mahupun diluar kawasan sekolah.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan ialah mencari bahan-bahan terbuang & terpakai seperti kotak dan botol dan mereka menghasilkan rekabentuk produk mengikut kreativiti masing-masing.Dalam masa yang sama menjalankan aktiviti melukis & mewarna bertemakan "Cintailah Bumi Kita". Oleh itu, aktiviti kitar semula banyak memberi kebaikan dan faedah kepada manusia dari segi kewangan sekaligus mengekalkan alam semulajadi agar dapat dinikmati generasi akan datang.


Klik untuk Gambar Aktiviti