Tarikh | : 15 Februari 2019 |
Masa | : 9.00pm- 12.30pm |
Lokasi | : Pusat Internet Malaysia Kg Kubang Pekan |
Peserta | : Pengusaha Kedai Makan & Minum R&R |
Tujuan :
Apakah kepentingan mengambil Kursus Pengendalian Makanan?
Pengusaha produk berasaskan makanan adalah dituntut oleh undang-undang untuk melengkapi pengendali-pengendali makanan yang bekerja dengan mereka dengan pengawasan yang sewajarnya dan latihan dalam pengendalian makanan selaras dengan jenis pekerjaan mereka dan memastikan mereka mampu mengamalkan sistem keselamatan makanan.
Aktiviti :
Pada 15/2/2019 (Jumaat), Pusat Internet Kg Kubang Pekan dengan kerjasama Sekolah Latihan Pengendali Makanan Sikap Intan telah menjalankan Kursus Latihan Pengendali Makanan kepada komuniti setempat. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada peserta yang hadir.