Tarikh : 7 Mac 2018
   Masa : 8.30 pm- 11.00 pm
   Lokasi : Pejabat Parlimen Kuala Kangsar
   Peserta : Belia Zon Daerah Kuala Kangsar

 

Tujuan :

Mesyuarat ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengumpul semua ahli jawatankuasa MAYC Daerah Kuala Kangsar disamping untuk mengeratkan lagi hubungan diantara Belia Zon Daerah Kuala Kangsar. Selain itu, mesyuarat ini juga dijalankan bertujuan untuk membentangkan laporan minit mesyuarat terdahulu bagi setiap Zon Daerah Kuala Kangsar ini.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan adalah membentangkan minit mesyuarat terdahulu dan merancang aktiviti-aktiviti MAYC bagi sepanjang tahun 2018.

 

Klik Untuk Gambar Aktiviti


  Tarikh : 2 Mac 2018
   Masa : 3.00 pm- 5.00 pm
   Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Kubang Pekan
   Peserta : 10 orang ( Pelajar Sekolah Senggang)
 

Tujuan :

Kelas Bimbingan Microsoft Word Office dijalankan adalah bertujuan untuk mengajar pelajar sekolah rendah tentang asas-asas penggunaan Microsoft Word  supaya mereka dapat menambah ilmu pengetahuan mereka menggunakan perisian Word. Kelas ini juga dijalankan bertujuan supaya pelajar dapat mempraktikkan penggunaan Microsoft Word untuk membuat tugasan sekolah pada masa yang akan datang.

Aktiviti :

Peserta belajar cara-cara "insert picture" di Microsoft Word dan Peserta belajar tentang "row" dan "column"

 

Klik untuk Gambar Aktiviiti


Program : Pembelajaran ICT & Pendaftaran Ahli PI1M "JALINAN RAKYAT KUALA KANGSAR"

Tarikh    : 10 Februari 2018 ( Sabtu 24 J'Awal 1439H)

Masa      : 8.30a.m-12.00p.m

Tempat  : Pusat Internet 1Malaysia Kg Kubang Pekan

 

Tujuan:

  • Memberi pendedahan kepada para petugas jalinan rakyat tentang ICT 

Aktiviti:

  • Petugas yang telah dilantik akan didedahkan cara penggunaan komputer dan membuat tugasan-tugasan yang diberikan.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti


 

Program : Ilmu Kekeluargaan @ LPPKN "MENGURUS GAJET DALAM KELUARGA"

Tarikh    : 13 Februari 2018 ( Selasa 27 J'Awal 1439H)

Masa      : 2.30am-5.00pm

Tempat  : Dewan Besar Masjid Ridwaniah Kuala Kangsar

 

Tujuan :

  • Program ini adalah Program yang dianjurkan oleh Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia Negeri Perak bertujuan mewujudkan platform bagi menyalurkan maklumat khususnya untuk ilmu kekeluargaan mengenai  bagaimana menentusahkan maklumat dan sumbernya serta mengurus gajet dalam keluarga.Selain daripada itu juga,ianya menggalakkan pengguna Internet untuk tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih dan kesan penyebaran maklumat palsu terhadap diri dan komuniti.

 Aktiviti :

  • Soaljawab bersama peserta-peserta LPPKN mengenai maklumat-maklumat palsu serta kuiz Klik Dengan Bijak

 

Klik untuk Gambar Aktiviti

 


 

Program : Kursus Pembelajaran Menggunakan Sistem Komputer "GURU-GURU TADIKA ISLAM"

Tarikh    : 7 Februari 2018 ( Selasa 20 J'Awal 1439H)

Masa      : 2.00p.m-5.00p.m

Tempat  : Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Kubang Pekan

Peserta  : Penyelia & Guru-Guru Tadika Islam Daerah Kuala Kangsar

 

Tujuan:

  • Memberi pendedahan kepada para Guru-Guru Tadika Islam tentang ICT

Aktiviti:

  • Guru-Guru didedahkan cara penggunaan dan memasukkan data murid ke dalam sistem Jabatan Agama Islam.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti