Di Kg Kubang Pekan juga terdapat pengusaha tempatan yang bergiat dalam bidang usahawan iaitu " Produk Madu Kelulut Asli". En Kamaruddin Bin Abu Bakar ialah seorang usahawan dari Kg Kubang Pekan yang menceburi dalam penghasilan produk ini kerana beliau tahu produk ini akan mendapat permintaan yang tinggi disebabkan khasiat yang dapat menjadi penawar segala penyakit.Maklumat lebih lanjut boleh melayari di laman Facebook Masfira Madu Lebah Kelut.

Madu Kelulut iaitu warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan.Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.

“Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi    bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011.