Antara Makanan yang "famous" di area kg Kubang Pekan ialah Gerai Laksa Menora D'Highway Kuala Kangsar. Di sini terdapat pelbagai makanan, minuman serta kuih muih yang menjadi kegemaran oleh penduduk setempat bahkan juga turut diminati oleh penduduk bandar. Menu makanan kegemaran utama penduduk di sini sudah tentu lah Laksa Telur goreng dan ABC. Gerai ini dibuka setiap hari bermula pukul 2 petang.