Perhatian kepada pencinta kucing.
Kucing adalah pembawa sejenis bakteria yang dinamakan Bartonella henselae. Kajian menunjukkan 40% kucing pernah dijangkiti dengan bakteria ini.
Apabila kucing menjilat luka atau mencakar anda, air liur kucing yang dicemari dengan bakteria ini boleh masuk ke tubuh anda lalu menyebabkan sejenis penyakit yang dikenali sebagai Cat Scratch Fever.
Dalam tempoh 3 hari -14 hari, luka akan kelihatan merah, bengkak dan panas. Ia mungkin bernanah dan menyakitkan.
Kelenjar di kawasan luka akan membengkak dan anda mungkin ada demam sehingga mengigil, merasa lemah, hilang selera makan dan sakit kepala.
Dalam kes yang lebih serius (jarang berlaku), jangkitan ini boleh mengakibatkan jangkitan organ lain seperti mata, otak dan jantung.
Kanak kanak dan golongan yang mempunyai imuniti tubuh yang rendah adalah golongan berisiko tinggi.
Di US, setiap tahun 15 ribu individu di jangkiti dengan penyakit ini.
Sekiranya anda mempunyai sebarang luka, elakkan dari di jilat kucing.
Jika anda di cakar kucing pastikan luka di basuh segera dengan air sabun.
Dapatkan pemeriksaan segera jika luka melarat.
.
Sekarang anda tahu mengapa mata Fury menjadi buta walaupun hanya di cakar kucing?