Tarikh : 24 Ogos 2019
   Masa : 8.00 am- 2.00 pm
   Lokasi : Pusat Internet Malaysia Kubang Pekan
   Peserta : Komuniti & Pelajar 
 

Tujuan :

Pelaksanaan program ini adalah bertujuan mempromosikan PIM berserta membantu dalam mempertingkatkan jumlah keahlian disamping mendapatkan kerjasama wakil-wakil komuniti dalam pelbagai program. Selain itu tujuannya juga adalah untuk melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan, eratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Mpkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat serta mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

 Aktiviti :

Program ini diadakan pada 24 Ogos 2019  (Bersamaan Hari Sabtu 23 Zulhijah 1440H) bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang. Pelbagai aktiviti diadakan seperti Pertandingan ICT,Pertandingan kreatif Ulam-ulaman ,Mewarna bagi tahap 1 & tahap 2,Jom Sihat,pameran & pemeriksaan kesihatan,pemeriksaan gigi dan pelbagai lagi . Para Usahawan tempatan juga turut mengambil peluang mempromosikan produk masing-masing sepanjang program berlangsung.Program lestari Ict & Cakna Kesihatan Pusat Internet telah dirasmikan oleh Hj Zainal Abidin selaku Imam Masjid Kg Kubang Pekan.

 

Klik untuk Gambar Aktiviti