Dana RM10 juta terbahagi kepada 3 iaitu:
RM2 juta adalah bantuan pengurusan kepada persatuan sukan kebangsaan sahaja yang berdaftar di bawah PJS.
RM 5 juta bantuan menjalankan program dan aktiviti kepada persatuan sukan dan rekreasi di semua peringkat yang berdaftar dengan PJS.
RM 3 juta bantuan pendigitalan dan R&D kepada persatuan sukan dan rekreasi di semua peringkat yang berdaftar dengan PJS.
Permohonan adalah dibuka dan boleh dibuat dalam talian melalui pautan laman web rasmi KBS: http://www.kbs.gov.my/inisiatif-prihatinsukan2020.html
Maklumat lanjut seperti tatacara permohonan dan soalan lazim ‘Inisiatif Prihatin Sukan 2020’ juga boleh dimuat turun melalui pautan yang sama.
Elak jadi mangsa penipuan dalam talian. Sentiasa berhati-hati dalam menjalankan sebarang transaksi dan pastikan dari sumber yang sahih.
Jom @klikdenganbijak !
Sayur dan buah yang berwarna jingga kuning boleh HILANGKAN RABUN⁉️
Jingga dan kuning, warna yang sungguh menceriakan!
Lobak merah bukanlah boleh menghilangkan rabun mata secara terus, namun ia mengandungi suatu
bahan yang boleh membantu meningkatkan kesihatan mata iaitu sejenis antioksidan yang dikenali sebagai Beta Karotena (Beta-carotene). Menariknya perkataan Beta karotena itu sendiri berasal daripada perkataan Latin yang merujuk kepada lobak merah atau dalam bahasa Inggeris sebagai 'Carrot'.
Apa benda beta karotena tu? Beta karotena merupakan bahan yang mengubah Vitamin A menjadi bentuk yang memberikan manfaat kepada tubuh badan seperti mengelakkan kerosakan kulit, membantu mengekalkan kesihatan kulit yang baik, mengurangkan risiko masalah mata dan paru-paru serta membantu mengelakkan kanser.
Bahan ini ditemui dalam kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna kuning dan jingga termasuklah lobak merah, lada benggala (kuning dan merah), aprikot dan turut ditemui dalam sayur hijau gelap seperti brokoli, kailan dan kangkung.
Namun, untuk menikmati kesemua khasiat ini, janganlah fokus kepada beberapa jenis sumber makanan sahaja. Anda perlu mengambil sumber makanan lain yang PELBAGAI & SEIMBANG untuk mendapat manfaat kesihatan yang optimum dari Beta Karotena!
Sekiranya anda mengalami masalah gastrik yang berpanjangan ini adalah perkara yang perlu anda elakkan.
Tanda tanda gastrik adalah
1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen
2. Rasa senak, berangin atau pedih.
3. Rasa tidak selesa dan kembung
4. Sendawa berulang kali
5. Kerap kentut selepas makan
6. Rasa mual atau loya dan muntah
7. Berat badan turun (peringkat kronik)
8. Najis berwarna hitam seperti tar dan mun