Perhatian kepada pencinta kucing.
Kucing adalah pembawa sejenis bakteria yang dinamakan Bartonella henselae. Kajian menunjukkan 40% kucing pernah dijangkiti dengan bakteria ini.
Apabila kucing menjilat luka atau mencakar anda, air liur kucing yang dicemari dengan bakteria ini boleh masuk ke tubuh anda lalu menyebabkan sejenis penyakit yang dikenali sebagai Cat Scratch Fever.
Dalam tempoh 3 hari -14 hari, luka akan kelihatan merah, bengkak dan panas. Ia mungkin bernanah dan menyakitkan.
Kelenjar di kawasan luka akan membengkak dan anda mungkin ada demam sehingga mengigil, merasa lemah, hilang selera makan dan sakit kepala.
Dalam kes yang lebih serius (jarang berlaku), jangkitan ini boleh mengakibatkan jangkitan organ lain seperti mata, otak dan jantung.
Kanak kanak dan golongan yang mempunyai imuniti tubuh yang rendah adalah golongan berisiko tinggi.
Di US, setiap tahun 15 ribu individu di jangkiti dengan penyakit ini.
Sekiranya anda mempunyai sebarang luka, elakkan dari di jilat kucing.
Jika anda di cakar kucing pastikan luka di basuh segera dengan air sabun.
Dapatkan pemeriksaan segera jika luka melarat.
.
Sekarang anda tahu mengapa mata Fury menjadi buta walaupun hanya di cakar kucing?

𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝐦𝐚𝐫𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐧𝐨𝐫𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐰𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐫𝐚 𝐮𝐦𝐮𝐫, 𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚. Hargailah perjuangan pejuang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan negara.