Selamat menyambut Hari Kesihatan Sedunia kepada seluruh rakyat Malaysia dengan bertemakan ‘Our Planet, Our Health’.
Di era digital ini, perkhidmatan kesihatan boleh diakses menggunakan hujung jari anda. Perkhidmatan digital yang bersifat tanpa sekatan berpotensi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada semua.
Usaha penyediaan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti serta gaya hidup digital sihat boleh dicapai terutamanya dengan kemunculan perkhidmatan teknologi 5G.
Rabies (penyakit anjing gila) adalah jangkitan virus akut yang boleh menyebabkan kematian.
Virus rabies terdapat dalam air liur haiwan dan boleh di jangkiti melalui gigitan atau sebarang kejadian yang menembusi kulit seperti jilatan haiwan di tempat luka.
Laporan Hasil Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan & Morbiditi (NHMS) 2020 : Penyakit Berjangkit menunjukkan hanya 1 daripada 10 rakyat Malaysia mengamalkan tingkah laku kesihatan baik (TKB) selepas digigit atau dicakar anjing.
Lakukan TIGA tingkah laku kesihatan baik(TKB) ini sekiranya digigit anjing.
Tindakan segera anda dapat menyelamatkan nyawa.
Jangan mudah terpedaya dengan gambar, video atau audio yang dikongsikan di Internet.
Jom Klik Dengan Bijak !
Waspada dan periksa sesuatu berita sebelum mempercayainya dan membuat sebarang perkongsian.