JANGAN JADI MANGSA SCAM!

Orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada dengan panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai Tribunal MCMC.

Sekiranya anda telah menjadi mangsa scam, laporkan segera kepada pihak polis atau rujuk kepada Pusat Respons Scam Negara (NSRC) di talian 997.

Selamat Hari Keselamatan Internet - Edisi Malaysia 2023!
Bersama-sama Ke Arah Internet Yang Lebih Baik.

Selaras dengan tema komuniti bestari melalui kempen SIBER MALAYSIA MADANI, warga digital diseru untuk mengamalkan adab, budi pekerti yang baik, memiliki ilmu pendidikan tinggi serta mempunyai pengetahuan luas dalam bidang keselamatan siber dengan membudayakan konsep kewarganegaraan digital dalam komuniti.

Jaga etika dan bahasa ketika berkomunikasi di internet.Bersama kita menggalas tanggungjawab dalam mencipta persekitaran siber yang positif dan harmoni.
Berikut adalah nilai dan etika yang harus diamalkan oleh setiap individu dalam sebarang aktiviti di alam siber.Semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan penggunaan Internet sebaik-baiknya.

Memang betul, kita ada hak untuk merealisasikan hak sebagai pengguna Internet. Seperti kita, orang lain juga mempunyai hak yang sama.

Oleh itu, dalam mengekspresi kebebasan bersuara, contohnya, kita perlu berhati-hati supaya tindakan kita itu tidak menindas hak orang lain.

Pandangan terhadap sesuatu isu boleh diberikan tanpa menghina pihak lain atau menggunakan kata-kata kesat.

Pastikan kandungan media digital yang kita cipta mengandungi elemen positif dan maklumatnya adalah sahih.

Hormati undang-undang hak cipta. Bila kita gunakan bahan orang lain, nyatakan sumbernya untuk memberi kredit kepada pencipta sebenar dan pastikan bahan tersebut tidak disalahguna.