𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐓𝐀 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 (𝐏𝐀𝐃𝐔)?
Pangkalan Data Utama atau PADU merupakan satu pangkalan data yang mengandungi maklumat individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.
Berhati-hati jika anda menerima panggilan yang tidak dikenali.
Jika panggilan tersebut mencurigakan dan meminta butiran sensitif, segera tamatkan panggilan.
Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 segera sekiranya anda menjadi mangsa scam agar tindakan dapat diambil oleh pihak berkuasa