Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sg Perak arah Selatan dan Utara adalah salah sebuah tempat di mana majoriti penduduk tempatan di Kg Kubang Pekan dan sekitarnya bekerja untuk menampung kehidupan seharian.Rata-rata yang menyewa kedai di R&R adalah dikalangan penduduk tempatan sendiri yang menjual makanan, buah-buahan dan juga seni kraftangan. Ini dapat sedikit sebnayak meningkatkan taraf sosio-ekonomi di Kampung ini.

Pengunjung yang berkunjung disini boleh membeli makanan di R&R dengan melalui jalan kampung iaitu sama ada menaiki motosikal ataupun memasuki R&R dengan berjalan kaki.Kenderaan seperti kereta dan sebagainya dilarang menembusi laluan ke R&R ini seperti yang kita sedia maklum.Makanan seperti masakan panas,nasi ayam, dan nasi berlauk boleh didapati di sini dengan mudah sekali selain tempat makan yang disediakan sangat selesa dan bersih.