Program CSR Akses Percuma ke i-LEARN Ace Untuk Calon SPM 2020!!Sejak Mac 2020, pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah mempengaruhi setiap aspek kehidupan kita. Sekolah terus ditutup dan pelajar di negara kita menghadapi cabaran yang sukar untuk menerima pendidikan yang diperlukan.Berdasarkan keadaan semasa, Sasbadi percaya bahawa calon calon SPM 2020 berada dalam situasi yang sukar kerana mereka harus menamatkan pembelajaran dalam tahun akademik yang sangat suntuk dan terganggu, tanpa mendapat sokongan akademik yang sama seperti sebelum pandemik melanda.Oleh itu, Sasbadi bersama-sama dengan Huawei dan TM ONE telah memutuskan untuk melangkah ke hadapan dan memberikan sokongan yang sangat diperlukan kepada calon-calon SPM 2020.Semua calon SPM Tahun 2020 boleh akses secara percuma dengan hanya membuat pendaftaran di link https://spmcsr.ilearnace.com/