En Murad Mohd Kassim 45 tahun, merupakan pendayak solo yang telah menamatkan cabaran XPDC Kelab Explorasi Tujuh Benua (KE7B) Kayak Soolo mengelilingi Semenanjung pada tahun 2015. En Murad merupakan ahli di Pusat Internet Kg Kubang Pekan ini di mana beliau menggunakan kemudahan yang telah disediakan di sini untuk menyiapkan segala kertas kerja berkaitan aktiviti explorasinya yang akan dijalankan dari masa ke semasa.

Selain itu,beliau seorang belia yang bersemangat tinggi untuk mengharumkan nama negara dipersada dunia antarabangsa.Antara hasrat dan impian beliau ialah berkayak solo untuk tawan perairan Singapura pula.Semangat dan keyakinan yang kini telah menjadi aspirasi di kalangan belia yang lain juga.