Latar belakang
Beliau merupakan penduduk asal di Kampung Kg Kubang Pekan dan telah berkahwin
dan mempunyai 5 orang anak. Sebelum ini beliau bekerja dalam sektor pertanian iaitu
menoreh getah disamping juga beliau merupakan pengumpul getah bagi penduduk
kampung yang lain. Sebelum ini beliau dan isteri beliau pernah untuk meniaga secara
kecil kecilan iaitu meniaga kuih muih. Keadaan ini adalah bertujuan untuk menyara
keluarganya di kampung.
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Membuat perniagaan secara kecil kecilan sahaja. Dahulu beliau mengusahakan kerja
menoreh getah di kawasan tanah beliau sendiri yang sangat luas di Kampung Kubang
Pekan. Beliau bercita-cita untuk mengembangkan perniagaannya suatu masa nanti untuk
memiliki sebuah kedai sendiri dan syarikat sendiri. Suatu masa beliau mendapat
semangat dan inspirasi daripada isteri beliau yang menguasahakan kedai makanan di
kawasan kampung. Oleh yang demikian bagi menyara keluarga pada ketika itu, beliau
banyak membantu perniagaan isterinya. Beliau mula berjinak-jinak dalam pembuatan roti
canai dan nasi lemak.
Pendapatan bulanan beliau pada ketika itu hanya sekitar RM 900 – 1200 sahaja
sebulan. Itu pun tidak menentu kerana mengikut pelanggan yang hadir.
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau mula mengunjungi Pusat Internet dan telah menggunakan perkhidmatan internet
sebagai platform pemudah cara bisnesnya. Melalui Pusat Internet maka tercetuslah idea
beliau untuk memulakan penambahbaikan perniagaan berasaskan bantuan internet.
Melalui penglibatan di Pusat Internet Kg. Kubang Pekan dan hasil beberapa bimbingan
dan nasihat, beliau kini telah dapat mengembangkan perniagaan beliau sedikit
sebanyak. Hasil promosi di internet, pelanggan beliau dari komuniti setempat dan luar
kawasan mengetahui perniagaan jualan beliau melalui PI dan internet seperti di
facebook. Pendapatan bulanan beliau dalam perniagaan makanan ini kini mencecah
RM1500 hingga RM 2800 sebulan melalui bisnes ini sahaja. Sekurang-kurangnya ia
dapat menampung perbelanjaan seharian beliau dan keluarga. Impian beliau supaya
peniagaan akan berkembang maju. Sekarang beliau telah mempunyai kedai makanan
sendiri yang meyajikan makanan nasi lemak, roti canai dan kuih-muih sendiri di samping
tidak meninggalkan perniagaan sebagai pengutip dan pengumpul hasil pokok getah.
 
Apa yang dipelajari melalui PIM

-       Terlibat dalam aktiviti keusahawan di Pusat Internet

-       Mempelajari cara menggunakan MyShop Dashboard Komuniti

-       Ilmu keusahawanan

-       Cara promosi perniagaan di laman sosial dan internet