Latar belakang
 

Beliau merupakan penduduk asal di Kampung Kg Kubang Pekan dan telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Sebelum ini beliau bekerja dalam sektor kerajaan secara kontrak dalam Jabatan Biro Tata Negara. Selepas kontrak beliau tamat, beliau menjadi seorang usahawan sepenuh masa. Beliau menjalankan perniagaan berasaskan kimpalan besi dan binaan bangunan disamping menjalankan perniagaan catering bersama isterinya. Perniagaan beliau yang paling utama adalah kimpalan besi dan catering.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
 

Membuat perniagaan secara kecil kecilan sahaja. Dahulu beliau mengusahakan kerja-kerja wiring di kawasan terdekat. Beliau bercita-cita untuk mengembangkan perniagaannya suatu masa nanti untuk memiliki sebuah kedai sendiri dan syarikat sendiri.Suatu masa beliau mendapat semangat dan inspirasi daripada isteri beliau yang menguasahakan makanan yang mana mendapat tempahan yang banyak. Oleh yang demikian bagi menyara keluarga pada ketika itu, beliau banyak membantu perniagaan isterinya. Beliau mula berjinak-jinak dalam pembuatan kambing golek, mini kek dan menjualnya secara kecil-kecilan dan melalui rakan-rakannya. Setelah mendapat sambutan dalam kalangan keluarga dan rakannya, beliau mula mengembangkan perniagaannya ke laman sosial.

Pendapatan bulanan beliau pada ketika itu hanya sekitar RM 900 – 1200 sahaja sebulan. Itu pun tidak menentu kerana mengikut tempahan dari orang. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah dalam anggaran 12 hingga 30 orang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
 

Beliau mula mengunjungi Pusat Internet dan telah menggunakan perkhidmatan internet sebagai platform pemudah cara bisnesnya. Melalui Pusat Internet maka tercetuslah idea beliau untuk memulakan ssatu perniagaan berasaskan bantuan internet. Melalui penglibatan di Pusat Internet Kg. Kubang Pekan dan hasil beberapa bimbingan dan nasihat, beliau kini telah dapat mengembangkan perniagaan beliau sedikit sebanyak. Hasil promosi di internet, pelanggan beliau dari komuniti setempat dan luar kawasan mengetahui perniagaan jualan beliau melalui PI dan internet seperti di facebook dan instagram. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500 hingga RM 3000 sebulan melalui bisnes ini sahaja. Sekurang-kurangnya ia dapat menampung perbelanjaan seharian beliau dan keluarga. Impian beliau supaya peniagaan akan berkembang maju. Sekarang beliau telah mempunyai kedai kimpalan besi sendiri dan syarikat catering bersama isteri beliau.

Apa yang dipelajari melalui PIM
 

-       Terlibat dalam aktiviti keusahawan di Pusat Internet

-       Meletakkan produk beliau di Pusat Internet bagi tujuan jualan dan promosi produk

-       Mempelajari cara menggunakan MyShop Dashboard Komuniti

-       Ilmu keusahawanan

-       Cara promosi di lama sosial dan internet