Latar belakang
 
Adik Iskandar merupakan pelajar sekolah menengah dan bersekolah di SMK Sayong Kuala Kangsar. Beliau berasal daripada Kampung Kubang Pekan, Kuala kangsar, Perak sejak kecil lagi. Adik Iskandar merupakan pelajar yang rajin di rumah mahupun di sekolah. 
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM
 
Apa yang menariknya tentang beliau ini, beliau sebelum ini bukan pengguna tegar bagi penggunaan komputer dan internet. Kebiasaan hidup beliau adalah membantu ibu dan ayahnya dalam urusan rumah. Tetapi semenjak kewujudan PIM Kg Kubang Pekan, beliau boleh dikatakan selalu datang kesana bagi mendapatkan maklumat untuk tugasan sekolah. Disitu, Pengurus PIM disana berkenalan dengan beliau dan cuba untuk membantu beliau dari sudut ilmu ICT. Sebelum melibatkan diri dalam pelajaran ICT, beliau hanya mendapat pengetahuan serba sedikit melalui sekolah hasil daripada kelas komputer setiap bulan, namun itu tidak mencukupi dan beliau masih tidak mampu memahami dengan lebih lagi berkenaan dengan fungsi komputer dan internet. Seperti kebiasaan jika pelajar pintar maka apa yang diajar sekalipun mudah untuknya menguasai pelajaran tersebut.
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM
 
Beliau telah hadir bersama-sama rakan terpilih untuk belajar ICT di PIM hasil daripada inisiatif beliau sendiri. Dalam masa beberapa bulan sahaja beliau telah berjaya menguasai beberapa kemahiran komputer seperti, Microsoft, alat komputer dan memahami selok belok penggunaan internet. Beliau masih lagi belajar di PIM dan sekarang telah memasuki kelas INTEL untuk meningkatkan pengetahuan ICT ke tahap tertinggi. Beliau juga banyak membantu petugas PIM dalam menjalankan pelbagai program ICT dan komuniti. Beliau juga salah seorang Skuad Volunteer PIM yang dilantik untuk membantu program-program yang dijalankan di PIM.
 
Apa yang dipelajari melalui PIM
 
-Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog
-Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan