Seorang adi wira siber menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai pengguna Internet yang positif ‘n produktif.Ada yang punyai kuasa untuk mencari maklumat dengan cepat dan tepat.Ada yang boleh tentusahkan maklumat dengan sekali pandang.Ada yang boleh selidik kewibawaan pencipta maklumat dengan teliti dan teratur.Ada yang berupaya mencipta kandungan positif yang banyak secara konsisten.Dan ada yang bila buka mulut saja, berjaya mendorong orang lain untuk melakukan perkara yang membawa kebaikan.ADI WIRA SIBER, POSITIF ‘N PRODUKTIF!Kempen KDB Positif ‘n Produktif menekankan kesedaran dan panduan tentang amalan baik penggunaan Internet yang positif dan beretika serta memupuk amalan produktif dalam kalangan pengguna.Kempen ini menggunapakai pendekatan yang memfokus kepada empati, mencetus tajuk perbualan, dan keceriaan.