Memang betul, kita ada hak untuk merealisasikan hak sebagai pengguna Internet. Seperti kita, orang lain juga mempunyai hak yang sama.

Oleh itu, dalam mengekspresi kebebasan bersuara, contohnya, kita perlu berhati-hati supaya tindakan kita itu tidak menindas hak orang lain.

Pandangan terhadap sesuatu isu boleh diberikan tanpa menghina pihak lain atau menggunakan kata-kata kesat.

Pastikan kandungan media digital yang kita cipta mengandungi elemen positif dan maklumatnya adalah sahih.

Hormati undang-undang hak cipta. Bila kita gunakan bahan orang lain, nyatakan sumbernya untuk memberi kredit kepada pencipta sebenar dan pastikan bahan tersebut tidak disalahguna.