Dana RM10 juta terbahagi kepada 3 iaitu:
RM2 juta adalah bantuan pengurusan kepada persatuan sukan kebangsaan sahaja yang berdaftar di bawah PJS.
RM 5 juta bantuan menjalankan program dan aktiviti kepada persatuan sukan dan rekreasi di semua peringkat yang berdaftar dengan PJS.
RM 3 juta bantuan pendigitalan dan R&D kepada persatuan sukan dan rekreasi di semua peringkat yang berdaftar dengan PJS.
Permohonan adalah dibuka dan boleh dibuat dalam talian melalui pautan laman web rasmi KBS: http://www.kbs.gov.my/inisiatif-prihatinsukan2020.html
Maklumat lanjut seperti tatacara permohonan dan soalan lazim ‘Inisiatif Prihatin Sukan 2020’ juga boleh dimuat turun melalui pautan yang sama.